Peta Pemikiran

Helo semuanya!


Kali ini kita akan membincangkan mengenai satu info yang patut dikongsi untuk semua pembaca blog ini.

Anda sudah bersedia? Mari kita mulakan pembelajaran kita sekarang.

Kita akan belajar mengenai Peta Pemikiran.



APAKAH ITU PETA PEMIKIRAN?????


Jangan risau, pada kali ini kita akan bersama-sama mengetahui apa itu Peta Pemikiran.


PENGENALAN

Peta Pemikiran merupakan satu alat bantu berfikir yang berunsur visual dan merupakan antara salah satu Alat Bantu Berfikir . Berbeza dengan Alat Bantu Berfikir yang lain, Peta Pemikiran mempunyai lapan jenis pemetaan khas yang senang untuk difahami dan diguna pakai serta dapat digunakan dalam semua jenis situasi.

Antara peta-peta tersebut adalah:


1. Peta Bulatan 




Peta Bulatan digunakan untuk menjelaskan definisi mengenai sesuatu konsep atau perkataan dengan menggunakan pengetahuan asas melalui penjanaan idea. Peta Bulatan boleh dihasilkan bersama -sama dengan gambar, kata kunci, simbol dan sedikit penerangan.



2. Peta Buih





Peta Buih digunakan untuk menjelaskan sesuatu konsep atau istilah dengan  menjelaskannya menggunakan perspektif lima deria rasa iaitu penglihatan, pendengaran, hidu, rasa, dan sentuh. Peta Buih selalunya dihasilkan dengan penjanaan pemikiran kritikal  yang melibatkan emosi, sentuhan , dan logikal.



3. Peta Buih Berganda





Peta Buih Berganda kebanyakannya diguna untuk menunjukkan perbezaan atau persamaan dalam menjelaskan sesuatu konsep atau istilah. Kebaikan peta ini adalah disebabkan kefleksibelannya untuk membuat perbezaan atau persamaan untuk hampir semua perkara.



4. Peta Pokok




Peta Pokok digunakan khasnya untuk membuat klasifikasi atau mengelaskan sesuatu perkara menurut persamaan atau perbezaan. Peta Pokok umumnya digunakan dalam menulis atau membuat nota.



5. Peta Dakap



Peta Dakap digunakan untuk membuat penilaian bahagian topik yang dipelajari. Teknik yang digunakan dalam menghasilkan peta ini adalah pengelasan. Secara umumnya peta ini amat sesuai untuk digunakan mngecilkan skop pembelajaran.



6. Peta Alir




Peta Alir digunakan untuk membuat suatu pencetusan idea yang tersusun. Pencetusan idea yang tersusun ini terjana daripada pemikiran kritikal. Peta ini secara umumnya digunakan untuk menyusun maklumat secara berperingkat.



7. Peta Pelbagai Alir


Peta Pelbagai Alir ini digunakan untuk membuat satu analisis terperinci mengenai suatu istilah atau konsep yang sedang dipelajari. Peta ini menggunakan konsep sebab dan akibat.



8. Peta Titi





Peta Titi digunakan untuk membuat pengenalpastian di antara sesuatu hubungan atau juga boleh digunakan untuk membuat analogi. Secara umumnya peta ini digunakan untuk membuat mempelajari konsep saintifik.

Comments