Kelebihan

Helo pembaca semuanya!!!

Kita pada kali ini akan membincangkan mengenai kelebihan-kelebihan yang terdapat dalam Peta Pemikiran ini.

Sudah bersedia???

Mari kita mulakan.....

Mari kita mula!!



1)Senang untuk mencatat



Bagi seseorang yang sudah mahir dalam menggunakan Peta Pemikiran, mencatat nota adalah amat senang baginya kerana peta pemikiran memudahkan proses mencatat.



2)Senang untuk mengingati


Peta Pemikiran memudahkan pengguna untuk mengingati perkara yang telah dipelajari kerana Peta Pemikiran mempunyai gambar, simbol dan warna yang menarik. Telah dibuktikan bahawa gambar dan rajah boleh mencetuskan ingatan. Hal ini menyebabkan Peta Pemikiran merupakan alat bantu berfikir yang selalu digunakan untuk mengulangkaji.



3)Mudah memahami

 


Peta Pemikiran amat mudah difahami oleh si pengguna kerana ia menggunakan kata kunci, corak menarik dan gambar yang mudah difahami oleh orang lain.




4. Menjimatkan masa




Apabila hendak mengulangkaji pelajaran, Peta Pemikiran dapat menjimatkan masa kerana ia hanya menggunakan kata kunci dan istilah, di samping dapat memastikan maklumat yang ditulis masuk ke dalam minda si pengguna tersebut.

Comments