Kelemahan

Helo semuanya!

Pada kali ini, kita akan mempelajari kelemahan alat bantu kita yang telah dibincangkan sebelum ini, iaitu:



Peta Pemikiran!

Jadi apakah kelemahan-kelemahan Peta Pemikiran???

  
Saya pun tidak tahu...

1. SUKAR DIFAHAMI SEKIRANYA TIDAK TERSUSUN




 
 Nota yang telah dibuat akan sukar dirujuk atau dipelajari semula sekiranya nota tersebut tidak tersusun dengan baik.

2. TIDAK MUDAH DIFAHAMI OLEH ORANG LAIN.




   Peta Pemikiran yang telah dibuat sangat susah untuk difahami oleh orang lain kerana hanya penggunanya yang mengetahui maksud di sebalik kata kunci dan simbol yang telah digunakan semasa membuat peta minda tersebut. Untuk menjelaskannya semula memerlukan penjelasan yang panjang.


3. SUKAR DIJELASKAN KERANA TIADA HURAIAN



   Peta Pemikiran selalunya tidak mempunyai huraian yang jelas. Oleh itu, kadang-kadang pengguna sendiri pun akan menjadi bingung semasa hendak menjelaskan, mengulangkaji dan merujuk Peta Pemikiran tersebut.


4. MENGAMBIL MASA YANG LAMA UNTUK DIHASILKAN.


   Bagi pengguna yang masih baru menggunakan teknik Peta Pemikiran ini, mereka selalunya akan mengambil masa yang lama untuk menghasilkan peta-peta tersebut. Ini akan menyebabkan mereka membuang masa yang banyak semata-mata hendak menyiapkan peta tersebut.

Comments